Sunday, 25 March 2012

Dunia Persahabatan

Persahabatan merupakan anugerah yang begitu berharga, selain daripada keluarga dan insan yang disayangi.. Persahabatan ni bukannya boleh digantikan serupa dengan yang kita inginkan...Sahabat merupakan insan yang sentiasa berada di sisi kita di saat kita senang mahupun susah. Pahit manis semuanya diharungi bersama-sama. Namun, adakalanya kita tersilap memilih sahabat. Sahabat ni terbahagi kepada 2 iaitu perikatan sahabat yang setia dan perikatan sahabat yang ada di saat kita senang. Dalam erti kata lain, bila kita senang..happy...mereka hanya bersama kita..Malah, yang lebih menyedihkan ada sahabat yang menikam kita dari belakang..membawa cerita buruk..rahsia peribadi..da macam2 yang berunsur negatif sehingga boleh menjatuhkan kita..Kira mereka ni mcm bertopengla di depan kita...

Aku tetap bersyukur mempunyai sahabat..x kira senang mahupun susah...Semenjak ku kecil sehinggala dewasa kini, berbagai2 jenis sahabat yang pernah ku temui..Ada yang pelbagai ragam..pelbagai personaliti...pelbagai fesyen...hahaa..ada yang lucu..ada yang pendiam...tapi tu semua ragam manusia kan?? rambut sama hitam, tapi dalam hati sapa yang tau..hehee...





Brother GPS, antara gelaran yang pernah diberi pada sahabat2 ku..Kehidupan kami di kolej umpama adik-beradik.. Perlu sebut juga nama ka? Loris, Feddly, Brian, Jerrieson, Edmund, Micheal, Alfonsus, Lee, DJ, Christopher...hahaa...Walaupun ada kalanya kami mcm berselisih pendapat, tapi anggapan sebagai 1 gurauan sahaja..Sepanjang 3 tahun kami semua bersama2 di KSKB, tetapi masa begitu singkat..Apa lagi sekarang hanya tinggal beberapa bulan saja Brother2 GPS bersama...aiyoo...









Ada juga sahabat2 lama di sekolah menengah..di kampung yang pernah yang turut menyimpan memori..Begitu lucu..sedih bila mengimbas semuanya..Bukankah masa xdapat diputar semula..Teringin sekali kembali ke zaman2 dahulu...Bersama2 rakan menjalani aktiviti harian..bermain2...aish..sedih pula ku ingat semula.. time ni masih kecik2..mana x fikiran masih kekanak-kanakan..kadang2 gaduh..kadang2 membuli...heheee..





Apapun, dalam dunia persahabatan perlu ada kejujuran dan keikhlasan...Carilah sahabat yang setia dalam apa jua keadaan kita, baik SENANG mahupun SUSAH..Persahabatan kan begitu berharga...Paling penting, jangan tersilap memilih sahabat..Kerana ada kalanya sahabat ni membawa KEGEMBIRAAN..ada kalanya membawa KEDUKAAN....

Hargailah persahabatan...peace!!