Tuesday, 28 August 2012

Tafsiran Empat Musim..

Boring2 ni, dah lama tak update blog, kali ni aku nak cerita sikit pasal negara 4 musim. Aku teringin nak tinggal di negara 4 musim ni. Macam indah jak suasananya. Cubala Malaysia ni pun ada 4 musim kan, gerenti best.. Hehehe.. 

Gambar kat bawah ni antara negara yang dilabelkan sebagai negara 4 musim :-



1. Musim Bunga (Spring)

Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan.  Seperti dalam musim panas, paksi Bumi adalah mereng sedikit ke arah matahari, dan panjang waktu siang dengan lebih cepat apabila meningkatnya garis latitud. Hemisfera bermula dengan panas sedikit, menyebabkan tumbuhan baru tumbuh kemudiannya berbunga. 
Bagi aku, musim ni antara yang best la. Memang cantik pemandangan kalau bunga2 ni menghiasai suasana. Warna-warni lagi tu. Paling famous time ni bunga cherry blossom. 

Tafsiran : Musim ni dikatakan musim permulaan dalam kehidupan. Bunga2 tu mewakili kehidupan baru bagi manusia setelah mereka mengalami saat-saat kesusahan. Orang2 bercinta, bayi yang baru lahir.. Seringkali dikaitkan dengan musim bunga. Kira kebahagiaan la maksudnya.




2. Musim Panas (Summer)

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disember sehingga Mac di Hemisfera Selatan. Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai. Kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan pedalaman. Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Musim ni memang panas sehingga boleh mencecah suhu 38-40 degrees. Boleh sunburn la kalo terbiar lama di bawah cahaya matahari. Maklumla, paksi bumi tu menghadap matahari. Dahla siang panjang, kadang2 pukul 8 malam pun masih juga cerah. Malam pula singkat, tak terasa mau tidur. Haha.. Time musim panas ni, aktiviti pantai la yang sering menjadi taruhan. Summer beach la konon. Haha.. Walaupun musim panas, tapi ni musim yang paling lembab. Boleh dikatakan antara musim yang agak merbahaya. Time ni la kadang2 berlakunya ribut taufan, hujan lebat dan banjir. Pelik kan? Nama musim panas tapi hujan la pula.

Tafsiran : Musim panas ni dikaitkan dengan kematangan hidup seseorang. Keberanian dan usaha dalam mengejar impian da cita-cita seringkali dikaitkan dengan musim panas. Matahari yang terik, suhu yang panas ni mewakili cabaran atau halangan yang dihadapi dalam mengejar cita-cita. Namun, seseorang perlu mengatur strategi yang bijak untunk mengatasi halangan yang dialaminya dalam mengejar impian yang ingin dikecapi. Kalo tak, kena tanggung risiko la. Sunburn, dehidrasi, heat stroke, banjir, ribut taufan.. ni la mewakili komplikasi yang dialami akibat musim panas. Kira macam mengalami kegagalan dan kerugian la.




3. Musim Luruh (Autumn)

Musim Luruh atau Musim Gugur ialah salah satu dari empat musim di daerah beriklim hawa sederhana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk.
Dalam zon berhawa sederhana, musim luruh adalah musim di mana kebanyakkan tumbuhan dituai, buah-buahan dipetik dan pokok-pokok deciduous menggugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan presipitasi di beberapa bagian dunia. Musim luruh sering berlaku pada bulan Mac, April, dan Mei di bahagian Selatan, dan September, Oktober, dan November di bahagian Utara. Musim ni paling best. Suasana yang romantik amat menenangkan jiwa. Sebab tu la cerita2 romantik, terutamanya cerita Korea sering dikaitkan dengan musim ni.

Tafsiran : Musim luruh ni melambangkan kekecewaan yang dialami oleh seseorang. Umpama hati dan perasaan yang terluka. Daun2 yang gugur melambangkan air mata yang dititiskan akibat kekecewaan yang dialami. Warna daun yang berubah warna melambangkan perubahan perasaan yang mengecewakan. 
(Tapi jangan salah anggap pula, walaupun musim ni melambangkan macam tu, tapi realitinya musim ni antara yang paling indah selain daripada musim bunga.)




4. Musim Sejuk (Winter)

Musim sejuk (musim dingin atau musim salju) ialah satu daripada empat musim di zon beriklim sederhana. Musim luruh sering berlaku pada bulan Jun, Julai dan Ogos di bahagian Selatan. Bulan Disember, Januari, Februari dan Mac pula di bahagian Utara. Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada bulan Julai. Siang amat pendek, tapi malam pula panjang. Walaupun siang, tapi suhu tetap sejuk. Biasanya berada di bawah takat beku. Kalau malam, angin bertiup lagila sejuk. Musim ni antara musim yang kering antara 4 musi. Tapi musim ni best juga. Aktiviti luncur salji, main salji..bestnyerr..

Tafsiran : Musim sejuk seringkali dikaitkan dengan kekeluargaan dan kasih sayang. Kenapa pula walaupun sejuk?? Musim sejuk ni, kebanyakan keluarga meluangkan masa bersama di rumah, kadang-kadang bermain di luar bersama-sama. Hubungan yang erat, hati yang damai, tanpa perasaan dengki dan ego seringkali dikaitkan dengan musim ni. Warna yang putih kelihatan akibat diliputi salji, melambangkan kesucian dan kebaikan hati seseorang dalam hidup.
(Musim sejuk, hati pun sejuk. Hahaha..)



Apapun, tetap bersyukur juga dapat tinggal di negara beriklim khatulistiwa. Panas sangat tak, sejuk sangat pun tak. Kalo nak rasa sejuk, boleh pergi ke Kundasang atau Genting Highland. Kalo nak rasa musim panas, pergi jak kat bandar time tengah hari, gerenti panas terik. Musim bunga tu, tanamla bunga banyak2. Sepanjang tahun nanti dapat rasa musim bunga. Musim luruh ni, bila2 masa ja ada. Janji angin bertiup, nak kutip buah, dah dikatakan musim luruh la tu. Hahaha..
Negara Malaysia kan salah sebuah negara megadiversiti di dunia ni, kaya dengan khazanah alam flora dan fauna. 

*** Satu saat ni nanti ada juga plan nak melancong ke negara 4 musim. Teringin nak pergi Korea. :-)

Ceriter Pasal ASTRO ??





Apa itu ASTRO? cewah..dah macam cikgu la pulak. Astro ni siaran berbayar TV di Malaysia. Sekarang ni, Astro banyak mendapat kritikan hebat daripada pelanggannya, malah artis2 Malaysia ni pun ada juga yang boikot Astro, contohnya Zed Zaidi. haha..mesti korang tau kan? 



Walaupun kadang2 astro ni menjengkelkan, tapi aku terpaksa juga melanggan astro ni. Sebab ape, kat area aku ni boleh dikatakan signal memang susahla. Tinggi mana korang letak alat pemancar pun memang susah giler nak dapat. Kalo ada pun cuma TV1, TV2, TV3 je. Kalo cuaca tak elok, meragam la program nak tengok tv ni. Jadi, terpaksa juga ni melanggan Astro. First2 melanggan astro tu memang dah guna Byond terus. Bayar dengan harga RM199 kalo tak silap ku. Dah tak ingat da.. Pasang punya pasang, memang exited la nak tengok TV. Maklumla, first time..benda baru la katakan..Haha..Siang malam ni TV memang terpasang je.

 Lama2, aku baru perasan makin bosan pula aku ngan astro ni. Siaran dahla berulang2. Dulu aku minat ngan channel AXN, DIVA...sekarang ni, ceritanya boleh dikatakan berulang2. Kalo nak tengok crita yang tak berulang, tengok tv1, tv2, tv3, ntv7 & 8tv. Yang lain tu sangatla hampeh. Tapi terus terang, sekarang ni aku lebih minatkan channel 391 (KBS World). Kenapa ek? Maklumla, minat sangat ngan Korea2 ni. Kalo ditayangkan je Music Bank, Immortal Songs 2..Dah, memang tengokla.. Haha..



Aku tak dapat komen apa2 pasal astro ni, maklumla cuma astro ni jer syarikat tv berbayar di Malaysia. Dah takde saingan, mana tak nye..sukati jer mereka letak2 harga. Menyusahkan rakyat, dahla siaran berulang2. Drama2 yang skarang ni pun drama tahun lepas, dia pasang balik. Lagila kalo channel movie 411,412,413.. Ulang2 nak mampus. Bukannya mereka beli pun movie tu, kalo movie baru takpe la. Ni movie dah lama, mcm korang pasang DVD. Takder ruginye pun. Kalo tak gara2 nak tengok TV, tak aku langgan ni astro. Skarang ni ada tawar astro free, ASTRO NJOI. Tapi siaran dia sikit jer. Astro Ria takde..apa lagi channel media prima takde. Lagi la boring..
  
Apapun, sabar je la ngan astro ni. Janji dapat tengok TV. Bayar pun bayar la. Apapun, sangat2 berharap pihak astro ni dapat memahami rakyat.

Thursday, 23 August 2012

Pengalaman Ujian Lesen Memandu Kereta


23hb Ogos 2012, hari yang sangat mendebarkan bagiku. Maklumla, hari ni dah nak ready menghadapi Ujian memandu JPJ, lesen D -Kereta. Hampir 1 setengah bulan ku belajar drive..akhirnya, detik menjelang juga.

Sepanjang malam tu aku tak dapat tidur nyenyak, maklumla asyik fikir, mampu ke tak aku lulus esok hari ni? hmm.. aku berdoa2 jak..kejap tidur, kejap bangun, last2 tertidur la juga..Haha.
Jam 5.30 pagi tu aku dah bangun, siap2 mandi..pergi sarapan..Berdoa dulu, minta berkat. Sebelum jalan pukul 7.00 pagi tu, aku minta restu la dgn mak & bapa aku. Semoga berjaya, kalo tak, mmg rugila bayar mahal2 nak tempah ujian memandu lagi, dahla bapa aku yang sponsor, kesian dia kalo terpaksa bayar. Sebab tu aku berazam mau lakukan sebaik yang mungkin hari ni. Sepanjang perjalanan, aku berdoa dalam hati, moga diberi ketenangan dan keyakinan diri.

Pukul 7.50 pagi, aku dah sampai di Serian. Tunggu punya tunggu cikgu aku, masih juga belum sampai. Kira-kira jam 8.20 pagi, baru anak dia datang, bawa kami yang seramai 3 orang ni utk menempuhi cabaran ni. Haha.. Sampai ja ke Institut Memandu Gedong, dah ada orang berkumpul kat sana. Makin berdebar2 pula hati aku nie.. Sabar..sabar..Yakin boleh.. Cuba pujuk2 diri. Ada kawan aku sorang ni dah rasa takut2. Cara terbaik kalo korang nak ujian JPJ ni, sementara tunggu, bagus korang berborak2 ngan kawan2 dulu, at least tak la rasa nervous sangat. Kalo senyap2 ni, memangla nervous. Sambil tu, berdoa juga la dalam hati.

Tak lama pas tu, cikgu aku datang, dia suruh kami test2 bawa kereta dia dulu..Bukit, parking site & 3 penjuru..Bagi aku, memang bukit ni la yang aku takut sikit. Sebelum belajar ni, kadang2 lancar kadang2 tak lancar, mcm ne la hari ni kot.. Amen.. Harap2 la berjalan dengan lancar. Hari mendung jak, mcm nak hujan. Pegawai JPJ belum juga sampai. tunggu punya tunggu, pukul 10.30 pagi, datang juga la mereka. Makin nervous pula rasanya. Sampai jak sesi pendaftaran, aku dapat no.giliran 20 lebih mcm tu la. Agak2 jak, sebab tak diberi nombor. 
 Gambar Hiasan jak ni..

Tak lama pas tu, pegawai JPJ tu dah ready. Dia bagi taklimat sikit, aku tgok JPJ ni takla mcm garang. Syukur, tenang sikit hati. Masih dalam mode raya kot. Haha. Dia dah awal2 pesan pasal bukit ni, " Hati2 dengan bukit ni, sinila orang selalu terkandas. Buat yang terbaik. Yakin pada diri.. " 

Dah, semangat la jadinya. Haha.. Sorang demi sorang kena panggil, ada yang dapat lepas bukit tu, mmg happy jak muka. Ada yang undur tu, siap hempas2 lagi stereng kereta tu. Haha. Tak lama pas tu, nama aku dipanggil. TERSENTAP!! Menggelabah dah jadinya. Tenang..tenang. AKu masuk la ke dalam kereta nombor 1, sambil bercakap2 dengan kereta. "Buat yang terbaik ya..lol" Aku jalanla menuju ke bukit. Ingat, jangan kurang tayar tu, biar lebih sikit dari garis kuning, then korang turunkan sikit, kalo dah cun, tarik handbreak. Aku tak angkat tangan dulu, bila JPJ tu kata cun, baru angkat tangan. Selamat la sikit. Haha..Kalo tak cun, korang dah angkat tangan, dah leburla. Hancur berkecai. Terpaksa booking lagi.

SYUKUR!! 
Dapat juga lepas bukit..Haha.. Angin dah bertiup kencang dah.. Hari nak hujan. Masuk jak kat tempat parking, aku kena tegur JPJ tu, nervous, maklumla lupa pakai seat belt. Dah, menggelabah lagi, pakai ja. Nasibla dia sporting jak. Syukurla, dapat juga aku lepas ujian parking & 3 penjuru ni. Aku pergi pondok penjaga, ambik result kat pegawai tu. YEAYY!!! Tersangat happy. 



Tapi masih ada cabaran lagi, bahagian jalan raya ni. Lagila aku risau, maklumla baru 1 kali jak cikgu aku ajar di jalan raya. Tak tau kenapa. Asal belajar jak, mesti jak kat litar. Sabar jak la. Yakin boleh, aku guna pengalaman memandu kereta bapa aku jak..Haha..

Kami diberi rehat selama 1 jam. Siap2 makan la dulu, lepak dengan geng2. Ada kawan aku perempuan ni, kecewa dah dia kandas di bukit tadi, nyaris jak dia lemah semangat nak teruskan di ujian jalan raya ni. Apalagi nak bagitau cikgu nanti, gerenti kena marah. Maklumla, cikgu aku ni garang sikit. Kalo tak dapat, habisla kena BOM! Salah satu sebab aku nak lulus ujian memandu ni la, maklumla, dah tak sanggup kena BOM lagi..Haha.. Aku bagi sokongan jak kat dia. Tepat jam 1, dah ready2 dah. Tunggu di port menunggu. Pegawai JPJ datang lewat 15 minit. Hujan dah lebat turun, ada juga rasa risau ni. Moga2 hujan ni membawa berkat. Last2, pegawai JPJ tu bincang ngan kamiorang untuk pendekkan laluan perjalanan, guna jalan shortcut, maklumla hari hujan. Aku apa lagi, sangat happy la. Haha..Tenang punya tenang tunggu giliran, akhirnya nama aku dipanggil. Berdoa lagi dalam hati.

Aku masuk dalam kereta, beri salam ngan pegawai tu. Pegawai ni yang jaga bukit tadi, yes!! Happy pula, maklumla dia ni yang sporting sikit, muka pun takla garang. Sepanjang perjalanan, aku senyap jak.Sampai jak kat bulatan kecik, tetiba kereta..lori..hmm..sesak betul. Risau aku dah tunggu ni, time aku nak lalu bulatan ni, ada kereta ni lalu, dahla tak bagi signal, terus jak lalu. Hmm. Terus pegawai JPJ tu tekan brek, dia tak suruh aku jalan dulu. Aku dah nervous, aku tengok dia tulis2 sesuatu atas kertas tu, jangan2 aku gagal ni. Hmm.. Lemah dah sikit semangat ni.Last2 dia suruh jalan juga, balik ke tempat menunggu tadi, apa la agaknya keputusan aku. Akhirnya... 


YEAY!!! Aku dapat 20/20. Tak sangka. Aku terus ucap terima kasih kat JPJ tu. Sempat lagi bersalaman ngan dia. Haha.Keluar dari kereta tersenyum lebar. Yes!! Akhirnya, impian aku berjaya juga. Sepanjang perjalan balik ke rumah, aku cerita2 ngan bapa aku pasal pengalaman aku tadi. Syukurla. Sangat exited rasanya. Haha.



Kepada yang nak menduduki ujian memandu tu, semoga berjaya. Apa yang penting ialah latihan yang cukup serta sokongan dan doa daripada ibu bapa. Kalo gagal tu jangan putus asa, kerana kegagalan la kita dapat membaiki kelemahan diri. Memangla duit terpaksa keluar lagi, tapi apa boleh buat kan. Lesen P ni memang mahal la konon..Hehe.. Yakin boleh, korang pasti berjaya juga tu nanti.