Tuesday, 28 August 2012

Tafsiran Empat Musim..

Boring2 ni, dah lama tak update blog, kali ni aku nak cerita sikit pasal negara 4 musim. Aku teringin nak tinggal di negara 4 musim ni. Macam indah jak suasananya. Cubala Malaysia ni pun ada 4 musim kan, gerenti best.. Hehehe.. 

Gambar kat bawah ni antara negara yang dilabelkan sebagai negara 4 musim :-



1. Musim Bunga (Spring)

Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan.  Seperti dalam musim panas, paksi Bumi adalah mereng sedikit ke arah matahari, dan panjang waktu siang dengan lebih cepat apabila meningkatnya garis latitud. Hemisfera bermula dengan panas sedikit, menyebabkan tumbuhan baru tumbuh kemudiannya berbunga. 
Bagi aku, musim ni antara yang best la. Memang cantik pemandangan kalau bunga2 ni menghiasai suasana. Warna-warni lagi tu. Paling famous time ni bunga cherry blossom. 

Tafsiran : Musim ni dikatakan musim permulaan dalam kehidupan. Bunga2 tu mewakili kehidupan baru bagi manusia setelah mereka mengalami saat-saat kesusahan. Orang2 bercinta, bayi yang baru lahir.. Seringkali dikaitkan dengan musim bunga. Kira kebahagiaan la maksudnya.




2. Musim Panas (Summer)

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disember sehingga Mac di Hemisfera Selatan. Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai. Kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan pedalaman. Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Musim ni memang panas sehingga boleh mencecah suhu 38-40 degrees. Boleh sunburn la kalo terbiar lama di bawah cahaya matahari. Maklumla, paksi bumi tu menghadap matahari. Dahla siang panjang, kadang2 pukul 8 malam pun masih juga cerah. Malam pula singkat, tak terasa mau tidur. Haha.. Time musim panas ni, aktiviti pantai la yang sering menjadi taruhan. Summer beach la konon. Haha.. Walaupun musim panas, tapi ni musim yang paling lembab. Boleh dikatakan antara musim yang agak merbahaya. Time ni la kadang2 berlakunya ribut taufan, hujan lebat dan banjir. Pelik kan? Nama musim panas tapi hujan la pula.

Tafsiran : Musim panas ni dikaitkan dengan kematangan hidup seseorang. Keberanian dan usaha dalam mengejar impian da cita-cita seringkali dikaitkan dengan musim panas. Matahari yang terik, suhu yang panas ni mewakili cabaran atau halangan yang dihadapi dalam mengejar cita-cita. Namun, seseorang perlu mengatur strategi yang bijak untunk mengatasi halangan yang dialaminya dalam mengejar impian yang ingin dikecapi. Kalo tak, kena tanggung risiko la. Sunburn, dehidrasi, heat stroke, banjir, ribut taufan.. ni la mewakili komplikasi yang dialami akibat musim panas. Kira macam mengalami kegagalan dan kerugian la.




3. Musim Luruh (Autumn)

Musim Luruh atau Musim Gugur ialah salah satu dari empat musim di daerah beriklim hawa sederhana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk.
Dalam zon berhawa sederhana, musim luruh adalah musim di mana kebanyakkan tumbuhan dituai, buah-buahan dipetik dan pokok-pokok deciduous menggugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan presipitasi di beberapa bagian dunia. Musim luruh sering berlaku pada bulan Mac, April, dan Mei di bahagian Selatan, dan September, Oktober, dan November di bahagian Utara. Musim ni paling best. Suasana yang romantik amat menenangkan jiwa. Sebab tu la cerita2 romantik, terutamanya cerita Korea sering dikaitkan dengan musim ni.

Tafsiran : Musim luruh ni melambangkan kekecewaan yang dialami oleh seseorang. Umpama hati dan perasaan yang terluka. Daun2 yang gugur melambangkan air mata yang dititiskan akibat kekecewaan yang dialami. Warna daun yang berubah warna melambangkan perubahan perasaan yang mengecewakan. 
(Tapi jangan salah anggap pula, walaupun musim ni melambangkan macam tu, tapi realitinya musim ni antara yang paling indah selain daripada musim bunga.)




4. Musim Sejuk (Winter)

Musim sejuk (musim dingin atau musim salju) ialah satu daripada empat musim di zon beriklim sederhana. Musim luruh sering berlaku pada bulan Jun, Julai dan Ogos di bahagian Selatan. Bulan Disember, Januari, Februari dan Mac pula di bahagian Utara. Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada bulan Julai. Siang amat pendek, tapi malam pula panjang. Walaupun siang, tapi suhu tetap sejuk. Biasanya berada di bawah takat beku. Kalau malam, angin bertiup lagila sejuk. Musim ni antara musim yang kering antara 4 musi. Tapi musim ni best juga. Aktiviti luncur salji, main salji..bestnyerr..

Tafsiran : Musim sejuk seringkali dikaitkan dengan kekeluargaan dan kasih sayang. Kenapa pula walaupun sejuk?? Musim sejuk ni, kebanyakan keluarga meluangkan masa bersama di rumah, kadang-kadang bermain di luar bersama-sama. Hubungan yang erat, hati yang damai, tanpa perasaan dengki dan ego seringkali dikaitkan dengan musim ni. Warna yang putih kelihatan akibat diliputi salji, melambangkan kesucian dan kebaikan hati seseorang dalam hidup.
(Musim sejuk, hati pun sejuk. Hahaha..)



Apapun, tetap bersyukur juga dapat tinggal di negara beriklim khatulistiwa. Panas sangat tak, sejuk sangat pun tak. Kalo nak rasa sejuk, boleh pergi ke Kundasang atau Genting Highland. Kalo nak rasa musim panas, pergi jak kat bandar time tengah hari, gerenti panas terik. Musim bunga tu, tanamla bunga banyak2. Sepanjang tahun nanti dapat rasa musim bunga. Musim luruh ni, bila2 masa ja ada. Janji angin bertiup, nak kutip buah, dah dikatakan musim luruh la tu. Hahaha..
Negara Malaysia kan salah sebuah negara megadiversiti di dunia ni, kaya dengan khazanah alam flora dan fauna. 

*** Satu saat ni nanti ada juga plan nak melancong ke negara 4 musim. Teringin nak pergi Korea. :-)

No comments:

Post a Comment